Monday, May 30, 2011

Lelaki ada cara tertentu mereka mengawal perasaan

Lelaki ada cara tertentu mereka mengawal perasaan.Sebab itu lelaki nampak rileks dan cool je walaupon kene marah ke,putus cinta ke dan sebagainya.Pernah tak rasa kaum lelaki ni ada perasaan?

wanita kene belajar bagaimana nak kawal perasaan daripada lelaki,maklumla, segelintir wanita ni emosional sikit.Bacalah tips kat bawah ni.Lepas ni korang leh cool dan selamba .o.k?



1. Kebanyakan lelaki tak berasa simpati pada diri sendiri.kalau mereka putus cinta,tidak pernah terbawa-bawa seperti orang perempuan.Bila berjumpa kawan bertanyakan mengenai girlfriend nya dengan selamba mereka jawab "Ohh, aku dengan dia dah putus",kemudian mereka pergi minum teh tarik.

kalau pempuan pula,lain kisahnya.Mereka selalu menjawab "Tolong jangan tanya pasal mamat tu lagi!" Kalau bercerita pon siap ada sebab2 dan kutuk2.

2. Lelaki melihat masalah utama ialah kehidupan mereka.Bagaimana nak teruskan hidup,nak cari kerja lebih baik dan sebagainya walaupon baru sahaja putus.

Si gadis pula lebih memikirkan 'hubungan percintaan' mereka yang terputus,kenapa mesti jadi begitu? kenapa mesti putus? kenapa itu dan ini.

3. Pada lelaki yang ada girlfriend ialah satu bonus.tak ada pon tak ape.

Si gadis pula merasakan mesti ada teman lelaki kalau tak hidup tak lengkap dan tak laku (betol ke?)

4. Sekiranya lelaki itu tiada girlfriend dia akan memikirkan tenteng kerjaya , hobi , sukan , riadah , keluar dengan kawan2 atau menonton muzik atau menonton TV.

5. Lelaki berani bersumpah yang mereka tidak kecewa ditinggalkan girlfriend walaupon sebenarnya mereka sedih dan terluka.Cuma mereka tak mahu menampakkan kelemahan.

6. Bila putus cinta , lelaki anggap wanita itu tidak sesuai untuknya dan mereka anggap bukan jodoh mereka.

kebanyakan wanita pula meratap hiba dan terlalu beremosi.

7. Lelaki tidak suka membincangkan isu peribadi kerana tidak mahu merosakkan emosi.Sebab itu ada ungkapan 'lelaki tidak suka mendengar dan wanita tidak tahu baca peta'.

8. Lelaki jarang sekali menangis macam budak kecil.kalau ada pon special case.

9. Lelaki tidak beranggapan putus cinta adalah satu trauma yang membuatkan mereka takut untuk bercinta lagi.

Gadis pula kerap merasa serik selepas putus cinta sehingga ada yang membenci lelaki.

Sunday, May 1, 2011

Boboi Boy


Boboi boy..!!
Haha tadi baru abis tengok tadi.
syiuk jugak.Boboi boy ni di buat oleh syarikat ANIMOSTA.

yuk kenal dulu watak boboi boy ni.

Boboi Boy, seorang kanak-kanak yang mempunyai kuasa element, Boleh menjadi tiga individu setelah menggunakan Kuasa Tiga. Bo, Boi, dan Boy.


Gopal (Kuasa menukar benda menjadi makanan)
aku pun berharap ada kuasa begitu ooo..
Dimana2 boleh makan.

Yang ni Yaya
Paling cute bab dia pakai tudung. haha..
Kuasanya kuat dengan boleh terbang~~

Ying (laju)

- Boboiboy adalah kisah mengenai watak Boboiboy bersama rakannya Yaya, Ying dan Gopal yang memiliki kuasa luar biasa menentang makhluk asing yang ingin menawan bumi
- Makhluk asing yang turun ke bumi membawa pulang biji kopi ke planet mereka, namun kerana aroma dan rasa kopi sungguh sedap, seluruh kroni makhluk asing itu sanggup turun ke bumi semata-mata untuk mendapatkan kopi berkenaan
- Boboiboy dan rakannya cuba menghalang tindakan makhluk asing terbabit hingga tercetus konflik dan pergolakan sesama mereka


www.animonsta.com




Search This Blog

Popular Posts